Masalah login SAPS

Masalah login SAPS. Tidak semua perkara sempurna. Sistem SAPS juga tidak terkecuali daripada sedikit sebanyak cacat-cela dan kelemahan tertentu. Bagaimanapun, kelemahan itu sentiasa diatasi dan diperkaiki.

Antara kelemahan yang sering dihadapi, terutama di kalangan guru sebelum mereka dapat masuk ke sistem dan mengisi semua data pemarkahan pelajar ialah masalah untuk log masuk (login) ke sistem berkenaan.

Ini dipercayai antaranya ada kaitan dengan sistem atau saiz pelayan (server) yang kecil serta berat menyebabkannya tidak mampu menampung input berskala besar pada masa-masa tertentu seperti waktu puncak, iaitu ketika sebahagian besar guru secara serentak mengisi markah peperiksaan sebelum bermula cuti sekolah.

Masalah ini juga ada kaitan dengan talian internet yang lemah, terutama di kawasan luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak. Selain itu, ia ada kaitan dengan tahap kelajuan dan sistem komputer yang digunakan guru sendiri. Ia mungkin komputer jenis lama atau unit komputer berkenaan tidak diselenggara sewajarnya menyebabkan pacuan Internet menjadi sangat perlahan.

Semua itu boleh menjadi satu daripada atau sebahagian daripada punca masalah untuk log masuk ke SAPS atau jika berjaya log masuk, sistem dirasakan perlahan dan menyukarkan kerja mengisi data pemarkahan.

Ada juga aduan di kalangan ibu bapa mengenai kesukaran memasuki SAPS. Antara yang boleh dicuba untuk menyelesaikan masalah login SAPS ialah dengan cara “clear browsing cache” pada pelayar Internet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *